Ahad, 13 Julai 2014

MARUKU MELETOP..


RESEPI DARI TAHRUNNISAH 
 
Ingin sangat mencuba resepi ini... dah lama tercari-cari akhirnya dapat juga terima kasih ya Tahrunnisah atas perkongsiaannya. Nak pergi belajar macam simpanan belum cukup2 ada je yang lain menggangu... Insyakallah kalau jumpa acuannya  aku akan buat... Cayok harlina jom cuba

bahan

300g tepung pulut
200g tepung kacang kuda/cheak peas
1sudu besar serbuk cili
1/2sudu besar garam halus
60gm marjerin yang dicairkan dan masih panas
2 biji telur
1sudu besar jintan manis** disangrai dahulu/digoreng tanpa minyak
1sudu besar jintan putih** disangarai dahulu
1sdb gula
segenggam udang kering dibersihkan dan kisar halus -
250ml santan cair - air ni boleh letak sikit2 shingga doh menjadi lembut dan tak lekat ditangan..sukatan air ni sesuai

cara2
1. tumbuk atau kisar jintan manis, jintan putih dan udang kering hingga halus/hancur
2. satukan bahan-bahan kering .. gaul sebati .. masukkan marjerin cair dan telor n santan cair gaul lagi hingga jadi doh lembut doh ni tak lekat kat tangan ..
3. panaskan minyak masak..sebelum pusingkan adunan ramas2 dulu daun kari masuk dlm minyak panas tadi biar bau kari tu melekat pada maruku kita nanti..n pusing adunan .. dah kekuningan boleh angkat ..
selamat mencuba dan Ramadan Kareem
(4 photos)

Tiada ulasan: