Ahad, 5 Julai 2015

JUS ASAM BOI ...


Zuanizah Ishak shared Shiema Yunus's post,  terima kasih .. sungguh sedap dan menyelarakan

Jom buat "jus kasturi" untuk berbuka nanti!!😉😉😉
Bahan bahan:
1 biji oren sunkist
1 biji epal hijau
5 biji limau kasturi((jus sahaja)
4 biji limau kasturi(di buang biji dan di kisar bersama kulit)
Gula mengikut kesukaan
5 biji asam boi
Ais

Cara:-
1. Kisar 5 bahan pertama
2. Tambahkan asam boi dan ais sebelum di hidang....
Selamat mencuba😆😆

BUTTER SCOTS COOKIES



ليناواتي لاطيف‎ shared Dari Dapur Seorang Amatur's  tuan punya resepi

BATU METEOR sy semlm dah handsome! kiki emoticon
Penat sy gilap baru nmpak cerah sikit.
Lps sy adjust sana sini, ringkaskan resepi, buang apa yg tak patut (contohnya pewarna buruk tu)... En hasben org yg pertama approved resepi ni...
Sy namakan BUTTERSCOTCH COOKIES... sbb sy gunakan buttrscotch chips...
Bg yg pro mungkin tak heran... Tp bg yg amatur, mungkin tak prnh dengar perkataan BUTTERSCOTCH tu...
Chips ni sama je bntuk mcm choc chips, cuma buttrscotch ni berwarna coklat cair keperangan... rasanya manis berkrim dan sy suka pd aroma manis yg terbit dr chips ni bila dibakar...
BUTTERSCOTCH COOKIES
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
250g mentega (sy guna buttercup)
140g gula perang
1 bj telur B
1 sudu teh esen vanilla
30g tepung jagung*
250g tepung selfrising*
Bahan * diayak bersama trlebih dahulu.
Hiasan:
300g butterscotch/choc chips/apa2 jenis kekacang...
Maknanya suka hati sis nk letak apa2 pn asalkn dlm kuantiti 300g...
Sy letak:
100g butterscotch (yg ni wajib)
100g choc chips + choc rice
100g badam hiris
Cara2:
1. Pukul butter dan gula perang hingga sebati.
2. Masukkn telur dn esen vanilla, pukul sebati.
3. Masukkn tepung dn gaul pkai spatula atau senduk... tak payah guna mixer. Doh yg amat lembut akan terhasil. Agak2 senduk tak makan saman, pakai tgn je senang.
4. Masukkn butterscotch, badam cincang dn choc chips ikut suka hati sis2. Gaul sebati guna tgn.
Apa2 kacang pn blh guna... nk pkai walnut ke... pecan ke... blh je. Cuma kacang perlu disangai dulu sekejap sblm guna. (Goreng kering tanpa minyak)
5. Kemudian blh la disudukn ats dulang yg digris atau alas kertas minyak... (dpt dlm 80 - 100pcs)
6. Bakar suhu 170°c, api ats dn bwh selama 15 - 20 mnt... atau ikut keadaan oven masing2.
Disebabkn buat kukis ni tak byk cekadak, tak perlulah sy nk karang soal jwb panjang2 lebar...
Hentam sajalah asal jadi yee... kiki emoticon
Cuma satu je... kukis ni watak utamanya selaku hero adalah BUTTRSCOTCH CHIPS tu... jgn plak tanya sy, blh tak klau tak pakai buttrscotch?
Huhuu... jgn la bunuh hero sy dlm kukis ni... jgn laa... jgn laa...
Serius sy ckp, kukis ni tak berseri klau heronya xde...
Bayangkn la Ombak Rindu xde Aaron Aziz! Kannn....
Selamat mencuba yee...