Rabu, 30 Disember 2015

AGAR- AGAR KERING



aSSALAMUALAIKUM

Dah lama beranggan nak buat agar-agar kering nie...
akhir nya dengan berkat belajar PJJ dari seorang Chef Sairah  Muslim dan dengan harga yang aku rasa sangat2 nmurah akhirnya tertunai sudah hajat di hati.. Ini lah hasil dari air tangan ku ..

Ku abadikan dalam e-resepiku

2200ml air paip
100gm agar2 panjang trip
2 kg gula pasir
250gm gula batu
3 helai daun pandan
pewarna dan perasa

Cara-caranya

1. masak air hingga panas dan naik wap
2. masukkan agar2
3. masukkan daun pandan
4.masukkan gula batu dan gula pasir

biar berul2 hancur.. tapis dan bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian

3 bahagian untuk loyang 12x12  (900 ml)
4 bahagian untuk loyang 10x10  (800ml)

warna kan ikut kesukaan dan biarkan keras dan boleh dicetak ikut kegemaran

  

Tiada ulasan: