Rabu, 28 Januari 2015




Tahrunnisah Jali  TERIMA KASIH TAHRUNNISAH ...ATAS PERKONGSIAN RESEPINYA
.
resepinya
2 cawan tpg pulut
2 sudu beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak...
sedikit garam
1 cawan air (jgn curah semuanya nanti lembek sangat..masukkan sikit2 shingga doh tak lekat tangan..baki air tu dlm 3 sudu besar)
caranya
tpg pulut dan beras pulut hitam serta garam di aduk sebati kemudian curah air sedikit demi sedikit..doh tak lekat kat tangan dah kira ok..doh tak keras n tak lembek sangat..mcm nak buat onde2 tu ..tutup sekejap dgn kain elakkan keras
(inti kelapa manis)
1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas tuk lembapkannya)
1 biji gula melaka
3/4 cwn gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
daun pandan disimpul
caranya
masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan
bulat2kan inti tersebut
daun pisang dilayur atas api... saiz dia 5inci X 5 inci sebaik2nya daun muda la senang nak lipat
(kuah santan pekat)
2 sudu besar tpg beras
2cawan santan pekat
sedikit garam
campurkan tpg beras dlm santan pekat..kacau sebati dan masukkan garam...masak adunan ni sehingga pekat... ketepikan
caranya
masakkan air rebusan dalam satu periuk tuk masak kuih koci ni
ambil sedikit adunan tpg pulut tadi..sebesar onde2 tu... bulatkan kemudian leperkan diatas tangan..masukkan inti kelapa tadi...tutup dan bulatkan balik..buat sampai habis doh
air rebusan dah mendidih..masukkan doh2 kuih koci ni dlm air rebusan sehingga kuih koci ni terapung dan angkat...
masukkan pula kuih koci ni dlm adunan campuran santan dan tepung beras (lihat gambar)
guna sudu ambil doh koci sekali ngan adunan santan tadi letak atas daun pisang yang disapu minyak...bungkus mcm bantal atau nasi lemak pun boleh..
kemudian kukus la sekejap dlm 7 minit tuk bagi aroma daun pisang..siap...


Like ·
·

Selasa, 20 Januari 2015

Kek Choclate Moist



Terima kasih pada jom buat kek


Cantik kan rupa parasnya... menawan ... nak simpanlah dalam e-resepi.. nanti ada masa boleh buat
simple dan nampak senang 

KEK COKLAT MOI
 
ST

1 CWN GULA PASIR
1 CWN SERBUK KOKO
1 TIN SUSU CAIR
1 CWN MINYAK JAGUNG
1 CWN SUSU PEKAT
4 BIJI TELUR GRED A(PUKUL HINGGA BERBUIH)
11/2 CWN TPG GANDUM
1 ST BAKING POWDER
1 ST BAKING SODA

-MASUKKN GULA PASIR,SERBUK KOKO,SUSU CAIR,SUSU PEKAT,MINYAK JAGUNG KEDLM PERIUK MASAK ATS API PERLAHAN HINGGA GULA HANCUR & KETEPIKAN @ SEJUKKN
-AYAK TPG GANDUM,B.POWDER,B.SODA
-MASUKKAN BAHAN AYAK BERSELANG SELI DGN TELUR YG TELAH DIPUKUL KE DLM ADUNAN COKLAT HINGGA HABIS & KACAU SEBATI
-PANASKN PENGUKUS 10 MINIT DAHULU,KEMUDIAN KUKUS 45 MNT @ HINGGA MASAK
-DH SEJUK BOLEH LA TUANG COKLAT GANACHE

COKLAT GANACHE
250 ML WHIPPING CREAM
300G COKLAT MASAKAN
50G BUTTER

-MASAK WHIPPING CREAM,BIAR MENDIDIH SEKEJAP & TUTUP API
-BIARKN SEJUK & BOLEH LA TUANG ATAS KEK N DECO

SELAMAT MENCUBA .....

Cakoi (Denaihati Network)


Kuih kegemaran Shakir... dia nie kalau makan tak cukup 5 keping .. terima kasih pada rakan di FB ambil ya resepinya aku simpan di e-resepiku..
RESEPI CAKOI

Bahan-bahannya :
● 1kg tepung gandun
● 1 pkt instant yeast (mauripan)
● ½ cawan minyak mazola}
● 1½ cawan gula pasir }satukan
● 3½ cawan air }
● sedikit garam }
● 1 sudu teh bikarbonat soda
● 1 sudu teh air kapur
● 2 biji telur

Cara-caranya :
1. Satukan tepung gandum dan yis. Pecahkan telur kedalam adunan tepung tadi, gaul.
2. Masukkan bahan yang telah dilarutkan bersama air.
3. Uli adunan hingga licin dan tidak melekat di tangan.
4. Tutup adunan dengan tuala lembab, biar 2 jam atau hingga keesokan pagi.
5. Uli semula adunan tersebut hingga licin dan lembut.
6. Ambil sedikit adunan dan canaikan.
7. Potong bentuk memanjang 7 X 2 cm
8. Guna lidi atau buluh bunga telur, celupkan dalam air dan basahkan bahagian tengah adunan yang dipotong tadi.
9. Ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz, lekatkan, tekan sedikit dibahagian yang dibasahkan dengan air tadi.
10. Ulangi proses dan goreng dalam minyak penuh dan api sederhana

Sedap makan begitu sahaja atau disapu dengan mentega, kaya, jem atau dimakan bersama kuah kacang/sos.

Selamat mencuba.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.