Sabtu, 27 Jun 2015

BISKUT KACANG MAZOLA



Biskut yang tengah hangat di pasaran. Terima kasih pada pemberi resepi ini.. Terpaksa saya tidak memaklumkan namanya, kerana dia tidak mahu ada yang terasa. Hanya allah yang membalas segala-galanya. Insyak allah saya akan cuba buat nampak mudah dan senangkan.




Biskut Kacang Mazola
Bahan A
570 grm - Tepung Gandum (ayak)

270 grm - Gula Castor
320 grm - Kacang Tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit dan di kisar kasar sedikit)
1/2 sk - Garam
1 sk - Emplex
1 sk - Baking Powder

Bahan B
250 grm - Minyak Jagung Mazola

Cara :-
Dlm bowl gaul semua Bahan A hingga sebati. Bila dah puas hati baru masukkan Bahan B. Gaul hingga membentuk doh (jika masih berderai masukkan sedikit minyak lagi).
Canai dan terap. Sapu kuning telur dan bakar suhu 150c selama 15-20 min (ikut oven sendiri).

Tiada ulasan: