Sabtu, 27 September 2014

Kek Rainbow



Nak sangat g belajar kek ini .. wlaupun aku dah tahu bagaimana nak buat tapi ,,,, masih lagi nak belajar teknik dan tektik mengusun ,,,, agar menjadi kek yang cantik dan menarik .. foto foto nie aku ambil dari FB  Talam Skudai.... dan kepunyaan


... untuk aku jadikan ilham bila nak buat nanti ,,,, tapi bila eeee   






Iskandar Chef shared Resepi Kek & Puding's photo aku memang pengemar karipap  dan dicicah dengan sambal tu,is... ee pelikkan ... nie aku nak abdikan resepi karipap ni.. di blog ku .... terima kasih pada Iskandar Chef atas pengkongsian resepinya

Karipap Sardin
Bahan Pastri:
1 kg tepung gandum
1/2 cawan majerin
1 cawan minyak masak
400 ml air + 1 sudu besar garam

Cara cara:
Panaskan majerin bersama sama dengan minyak sehingga majerin sehingga cair dan benar benar panas.
Tuangkan majerin panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaul rata. Apabila telah suam, uli sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sederhana lembut dan tidak melekat di tangan.
Rehatkan doh selama 30 minit hingga 1 jam di dalam peti sejuk. Canai doh dan bentukkan karipap. Jika ada lebihan doh, boleh disimpan di dalam freezer.
Bahan Inti:
2 tin Sardin Mackerel - tin besar
4 biji ubi kentang besar - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
2-3 biji cili merah - hiris halus
1 pokok daun sup - hiris tak letak sebab tak ada stok
2 sudu besar cili kisar
Garam
Air perahan limau nipis
Cara cara:
Asingkan ikan sardin dan sosnya. Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga betul betul garing. Kemudian sardin, bawang besar dan kentang. Akhir sekali masukkan garam dan air limau nipis.
Tabur pula daun sup dan cili merah. Kacau seketika dan bolehlah tutup api.
Sejukkan inti sebelum boleh digunakan.
Cara Membuat Karipap
Saya tidak menggunakan acuan untuk doh yang dicanai. Kalau untuk dimakan sendiri, memang OK kerana saiznya tak sama besar. Selepas memasukkan inti, saya menutup doh, kemudian menekan keliling inti dan memotong lebihan pastri dengan menggunakan pisau.
Lepas tu tekan keliling dan di kelim. Kalau mahu cantik dan sama saiznya, bolehlah doh dicanai dan diterap dengan acuan.
Selamat mencuba kekakak

Cantikkan



Gambar yang saya ambildari FB cantikkan Kek ini kepunyaan  Bie Rafuiatahrs boleh saya saya simpan untuk buat kenangan dan ilham,,,, 












Jumaat, 26 September 2014

KEK MABLE

Kek ini antara kegemaran ku.. mudah dan senang nak disediakan  ... tak sampai satu jam siap dan dah boleh dibakar


Resepinya

bahan A

270gm butter
250 gula caster
1 sdt ovellete

pukul hingga kembang



bahan B

5 biji telor

Bila dah kembang masukkan telor sebiji demi sebiji
pukul rata lagi...

Bahan C

250gm tepung gandum
1 tsp double action (saya guna baking powder je)

Masukkan tepung dalam adunan A & B.. pukul rata lagi
dah sebati baru masukkan  75gm susu full cream pukul rata lagi

untuk buat mable boleh bahagikan kepada 3 warna sebanyak 350 gram...
warna ikut suka

siap boleh dibakr selama 1 jam  atau sehingga masak..



Sabtu, 6 September 2014

LUK CHUP


 LUK CHUP






tak sabar rasanya nak mencuba.. 

Untuk    pengetahuan semua gambar dan resepi adalah dari Zaleha Yet... saya bagi empat bintang pada tuan tahah ini.  Saya dimaklumkan ini adalah makanan dari Thailand ... Malaysia ini beruntung kerana boleh menerima makanan dari pelbagai negara...
Apa pun Luk Chup ini memang menarik ..

MANISAN LUK CHUP

1 cwn kacang hijau (yg x berkulit)
1 cwn santan
1/2 cwn gula
1 helai daun pandan
sedikit garam
Agar2 timbang (bukan yg serbuk)

- rebus kacang hijau gan daun pandan hngga empuk.
- bila dah sejuk blend hingga hancur.
- tuang kacang dlm periuk atau kuali + santan + garam.
- kacau sampai kering dan kental sperti doh.
- sjukan... buatlah bntuk buahan2 yg kita suka.
- masak agar2 hingga likat x payah buh gula.
- warnakan agar2.. dngan menggunakan lidi tau tothpick
cucuk d bhg pangkal buahan2 kmudian celup kedlm agar2..
n cucuk d atas polistrin tuk kringkanya.

Perhatian:
** Buahan2 bleh d warnakan dlu baru d celup agar2 tapi agar2
x payah d buh warna biarkan kosong je..