Jumaat, 26 September 2014

KEK MABLE

Kek ini antara kegemaran ku.. mudah dan senang nak disediakan  ... tak sampai satu jam siap dan dah boleh dibakar


Resepinya

bahan A

270gm butter
250 gula caster
1 sdt ovellete

pukul hingga kembang



bahan B

5 biji telor

Bila dah kembang masukkan telor sebiji demi sebiji
pukul rata lagi...

Bahan C

250gm tepung gandum
1 tsp double action (saya guna baking powder je)

Masukkan tepung dalam adunan A & B.. pukul rata lagi
dah sebati baru masukkan  75gm susu full cream pukul rata lagi

untuk buat mable boleh bahagikan kepada 3 warna sebanyak 350 gram...
warna ikut suka

siap boleh dibakr selama 1 jam  atau sehingga masak..



Tiada ulasan: