Selasa, 31 Mac 2015



CREAM CHEESE CHOLATE CHIPS COOKIES






Saya share dari FB terima kasih pada rakan di alam maya yang tak jemu-jemu share resepi ... Insyakallah ada masa nanti saya cuba ya..

CARA MEMBUAT BISKUT SMARTIES
Bahan-Bahan
200 gram butter
50 gram gula icing
150 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
1 suduteh esen vanila
Cara:
Pukul mentega dengan gula, sehingga sebati dan kembang.
Masukkan tepung, gaul rata.
Masukkan kedalam piping bag . Piping ke atas dulang
Hiaskan dengan coklat smarties.
Bakar sehingga di bahagian bahagian bawah kekuningan .

Isnin, 23 Mac 2015

Buat Amalan





Amalkan bacaan surah dan doa-doa di bawah setiap kali selepas solat Subuh dan Maghrib




terima kasih daun keladi chef Syahir atas perkongsiannya ya...
Famous Amos Cookies

 
Famous Amos Cookies

Bahan-bahan
250 gram butter
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus/caster
1 cawan gula perang
2 ½ cawan oat dikisar sehingga halus
250 gram chocolate chips
½ sudu kecil garam
200 gram Chocolate bar (sagat)
2 biji telur
1 kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 ½ cawan kacang tumbuk (pilihan)
1 sudu kecil essen vanilla
Cara-cara
Putarkan butter sehingga kembang
Masukkan gula halus dan gula perang secara selang seli sehingga kembang
Masukkan sebiji demi sebiji telur
Masukkan essen vanilla
Campurkan semua bahan kering (tepung, oatmeal, garam, baking powder dan baking soda). Kacau sehingga rata dan masukkan ke dalam adunan secara sedikit demi sedikit.
Akhir sekali masukkan choc chips, choclate bar dan kacang (pilihan).
Bakar pada suhu 180oc selama 10 minit api atas bawah.
Please follow @kelabcintaketuhar and @cakeliciousmy ! Have a great day ahead!


Terima kasih pada tuan punya resepi dari Resepi Kek & Puding kerana sudi share resepinya di FB saya simpan dalam e-resepi saya agar tidak hilang . Harap sudi dihalalkan ya..



RESEPI COCOA STRAWBERRY MARBLE CAKE
Gebu, sedap dan lembut..puas makan kek ni..senang je cr buat die kak smile emoticon
Facebook Page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Bahan - bahan :

Bahan:-
180 gm mentega
120 gm marjerin
180 gm gula kastor
3 biji telor
2 biji kuning telor
300 gm tepung naik sendiri
1 sudu teh esen strawberi (atau pes strawberi)
100 gm jem strawberi
4 sudu besar coklat kiub yang dicairkan
1 sudu besar esen coklat
Cara Membuat:-
1. Pukul mentega, marjerin dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telor dan kuning telor sebiji demi sebiji, pukul sebati.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan gaul sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 1 bahagian dimasukkan dengan esen strawberi dan jem strawberi, 1 bahagian lagi dimasukkan dengan esen coklat dan coklat yang dicairkan tadi, gaul rata setiap bahagian agar warna sekata. 1 bahagian lagi dibiarkan pada warna asal.
5. Secara berselang, tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. *Setelah dituang berselang seli, guna chopstick untuk memarblekan adunan.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C (*oven akak set 170C) selama 50 - 60 minit/hingga kek masak.
Sejukkan di atas redai sebelum dipotong. Selamat Mencuba...


Daulat Tuanku




Isnin, 9 Mac 2015

Bahulu Cermai



chef yang tidak pernah lokek dengan ilmu dan sering share resepinya di FB. Cuma aku je tak berkesempatan untuk berjumpa dengan beliau ... maklumkan kekadang kelas yang dibuat jauh nunnn  di ... sana... Maaf ya chef Musainah... saya abadikan resepi ni di e-resepiku... 
March 5 ·
 


Kerabu sotong


sedapp.. lapor pulak tengok kerabu sotong nie kat FB  Legacy Secret Trading   
di atas perkongsiannya ... waktu rehat kat opis nie.. bolehlah aku realease tension dari keja2 yang tidak pernah habis nie... Sejuk perut bila tengok makanan yang menyedapkan nie.. Wauuuu

·
 



KERABU SOTONG
Bahan-bahan:
Sotong secukupnya
2 biji limau nipis (diperah airnya)
Sedikit daun ketumbar (dipotong halus jika suka)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (secukup rasa)
3-5 biji Cili padi (ikut pedas)
1 biji tomato (dipotong kecil)
1 batang serai (dihiris halus)
Sedikit karet sebagai hiasan (dipotong dadu)
Sedikit udang kering (ditumbuk, jika suka)

Cara:
Bersihkan sotong dan rebus sehingga masak. Jangan lama nanti isinya mengecil . Sejat dan potong. Masukkan bawang besar , cili api, garam, air asam limau nipis, gula, serai , udang kering, sos ikan, daun ketumbar dan dikacau dalam mangkuk. Gaul rata2. Rasa masin tawar, masam …kalau dah secukup rasa masukkan sotong n gaul sedia utk dihidang...
Selamat Mencuba

Sabtu, 7 Mac 2015

Resepi dan gambar kepunyaan Isma Maisarah .


MEXICAN BUNS
FILLING/INTI
200gm mentega
1/2 sudu kecil esen vanila
70gm brown sugar

Pukul mentega dgn speed sederhana selama tiga minit.
Masukkan esen vanila dan gula perang. Mix hingga sebati.
Simpan dalam peti sejuk.
Topping/kulit
200gm mentega
160gm gula aising
Tiga biji telur gred A
200gm tepung gandum
1 sudu kecil perisa koko/kopi/mocha
Putar mentega dgn speed sederhana selama 5 minit.
Perlahan-lahan masukkan telur, gula aising dan perisa.
Masukkan tepung sedeikit demi sedikit putar hingga sebati dan halus.
Masukkan dlm piping bag.
DOH ROTI
500gm tepung gandum/tepung roti (saya guna tepung gandum)
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air sejuk dari peti ais
2 sudu besar mentega/marjerin/shortening
Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut (kalau ada BM -bread maker lagi bagus)..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...rehat kan doh 7-10 minit sblm di masukkan filling.
Water roux
1/4 cwn tepung gandum
250 ml air
Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.
Cara2:
Ambil sebiji doh dan leperkan, isi inti di tengah2 dan tutup dgn kemas.
Susun atas loyang, jarakkan utk doh mengembang. Rehatkan doh hingga naik satu kali ganda saiz doh.
Panaskan oven. Picitkan adunan topping secara melingkar di atas doh. Bakar selama 20-25 minit suhu 150c-170c mengikut kepanasan oven masing.

Selasa, 3 Mac 2015

Imperial choclate kek

Imperial choclate kek


Hasil tanganku...
Menjadi juga kan tak sangka pulak... first time mencuba ... amin boleh buat lagi nie
terima kasih kak Zaimaah atas tunjuk ajar...Disini aku sharekan resepinya untuk tatapan bersam

Bahannya