Ummi Combi resepi dan gambar kek ini adalah kepunyaan terima kasih atas pengkongsian di laman FB saya share disini ya... sedap sangat nampak.. nanti nak cubalah..
BINGKA ROTI UMMI COMBI
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
12 keping roti putih, didadu
1 1/2 cawan tepung gandum
1 liter santan / susu (saya guna 500ml santan dan 500ml susu cair)
1 cawan jagung krim dalam tin
Cara-Cara
Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan/susu dan kacau hingga semua sebati.
Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.
Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
=> Saya tambah 10 minit lagi utk bakar guna api atas sahaja supaya permukaan garing.
=> Untuk pengunaan santan di atas, saya guna 200ml santan pekat dan tambah 300ml air utk menjadikan adunan 500ml santan...manakala 400ml susu cair dan 100ml air biasa utk menjadikan jumlah susu 500ml.
(copy paste dr sebuah blig sinar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan