Selasa, 22 April 2014

KUIH KASWI


\
 
Kuih Kaswi dan Lompang   saya tak suka kuih melayu ni.. tp emak suka sangat ... tu yang simpan nanti ada masa nak buat untuk mak .... Sebab mak rajin buat kenduri...
Boleh ya saya sharekan disini...


Resepinya
1 1/2 cawan tpg gandum
4 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan tpg beras
3 cawan air
2 sudu makan air kapur (kapur makan = cair-cair je)

(air gula)
1 cawan + 1 sudu makan gula merah
2/3 cawan gula
1 cawan air
daun pandan disimpul
kelapa parut + sedikit garam = utk dimakan bersama kaswi atau lompang nanti
caranya
masak dulu air gula.. masukkan semua bahan air gula dan masak hingga gula larut dan hancur.. ketepikan dan sejukkan.. kemudian tapis sblm masuk dlm adunan
penyediaan nya
panaskan periuk kukusan
satukan tpg gandum, tpg ubi dan tepung beras serta 3 cawan air..aduk sebati
kemudian masukkan air gula yang dah sejukkan serta ditapis kedalam adunan.. kacau sebati
sediakan loyang 7 X 7 dan 12 biji acuan lompang - sapu dgn minyak masak ye..
tuangkan dulu dlm acuan lompang sehingga penuh.. dan kukus selama 12-15 minit.. dgn menutup tudung kukusan ngan kain
kemudian kukus pula lebihan adunan loyang 7X7 sekitar 45 minit sehingga sejam ...
tunggu sejuk baru boleh potong...serta digaul dgn kelapa+garam
acuan lompang pula kluarkan dgn ujung sudu atau pisau plastik..
Like · ·

Ayam Percik

 
 Terima kasih Tahrunisah atas resepi ayam percik nie ... saya akan cuba membuatnya,,, i nampak menarik dan tertarik untuk menyimpan dan mengabdikan dlam blog saya.... harap dihalalkan..
Resepi Ayam Percik...

ayam seekor potong 4 @6 atau terpulang saiz
2 biji bawang besar **
3 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
1/2 inci lengkuas**
3 batang serai dititik
1/2 inci kunyit hidup **
15-25 tangkai lada kering yang direbus ** ikut kepedasan masing2 ye
1 sudu kecik halba
1 inci belacan
400ml santan pekat /2 cawan santan pekat
5 sudu besar minyak masak
1 1/2 - 2 sudu besar gula
sedikit garam

*(nak tau cili kering ni pedas atau tidak dgn lihat kulit lada kalau kerinting kurang pedas berbanding dgn lada yang licin kulitnya.
caranya
1. kisar bahan2 bertanda **
2. Panaskan periuk dengan 5 sudu besar minyak... masukkan bahan2 bertanda ** tumis sehingga naik bau masukkan serai yang dititik, belacan, halba. Masak hingga ia pecah minyak...selagi tak pecah selagi tu kacau ye..
3. masukkan ayam kacau2 tutup sekejap dgn penutup ..nanti air ayam kluar... bukak smula kacau lagi.. kemudian masukkan santan pekat tadi...kacau dan tutup dgn tudung...kemudian kacau2 la ayam percik ni sehingga kuah pekat...
4. Ambil ayam tadi yang dah masak dan bakar smula (samada dlm oven, atau alat pemanggang, atau bakar atas dpur ...bakar sambil ambil sikit minyak dan kuah tu letak atas ayam yang sedang dibakar... bakar tu sekejap memadai..nak bagi bahagian luar garing dan sedap
5. letak atas pinggan letak ayam dan tuang kuah pekat tadi..

Kek Mable Noraslinda Bugal


 Resepi yang mudah dan senang dibuat saya dah mencuba .. sedap ramai yang memuji
terima kasih linda ,,, saya share kan sini ya..

KEK MARBLE

BAHAN-BAHAN

250 gram buttercup
210 gram gula kastor
5 biji telur Gred A
80 ml susu segar
1 sudu besar ovalet
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
230 gram tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
Ayak bahan bertanda*

CARA MEMBUATNYA
1-Pukul buttercup dan gula kastor sehingga kembang dan gebu
2-Masukkan ovalet dan telur sebiji demi sebiji diikuti esen vanilla.Teruskan memukul
3-Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak berselang-seli dengan susu segar.Pukul lagi sehingga sebati
4-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu bahagian diadun bersama serbuk koko sehingga sebati
5-Loyang dilapik baking paper dan gris mentega.Tuang/marblekan kedua2 adunan mengikut kreativiti
6-Bakar dengan suhu 180'c selama 1jam.Sejukkan sebelum dipotong

 

Khamis, 17 April 2014

Ungkep DAri Blog Azie Kitchen




Ayam Ungkep Hubungi kami:
Oleh: Azie Kitchen  saya ambil dari blog Azie... sedapnya boleh ya saya share kat sini... untuk rujukan bila nak masak ungkep nanti..

Bahan-bahan:
1 kg ayam - potong 10 - perap dg garam & kunyit 
2 batang serai - dititik
3 cawan air
1/4 kotak santan - saya tambah
Garam/gula/perasa pilihan
1/2 keping asam keping - opsyenal
Minyak masak

Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
Sejemput serbuk ketumbar
Sejemput serbuk jintan manis
Sejemput serbuk jintan putih
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
15 biji cili padi 

Cara cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.



2. Masukkan  serai dan ayam yang telah diperap dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna.



3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.



4. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.




ayam masak ungkep

Resepi ini aku ambil dari Blog aku perlu Berbakti
sedap sangat... rakan opis ku uji masak2 dan bawa ke pejabat  wau,, yum.. sedap sungguh... aku apa lagi licin aku makan eee sori ya uji sedap sangat.....

aku pun tercari2 lah resepinya ...eee nak cuba buat..
Jon intai ayam ungkep
Bahan-bahan yg dikisar (kuantiti sebaiknya ikut selera dan kuantiti ayam)
  • 4 bawang merah
  • 1 bawang besar
  • 8 bawang putih
  • 2inci halia
  • 2inci kunyit
  • 1 cili api hijau
Bahan2 untuk tumis
  • sedikit minyak
  • sedikit bawang merah dihiris nipis (amik sikit dr bhn kisar td)
  • sedikit bawang putih dihiris nipis (amik sikit dr bhn kisar td)
  • 1 serai yg diketuk
  • sedikit halia yg dihiris nipis (amik sikit dr bhn kisar td)
  • 2 cili api yg dibuang biji
Bahan lain – tomato dan bawang besar dipotong gelang, garam, gula
Cara-cara memasak:-
  1. Sediakan ayam dan sapu garam kunyit. biarkan seketika
  2. tumis bahan2 untuk ditumis sampai naik bau yg wangi + bawang putih jd kuning
  3. masukkan bahan2 kisar dalam kuali dan sedikit air + gula 1/2 camca, garam 1/2camca (secukup rasa)
  4. setelah bahan kisar telah masak, masukkan ayam dan gaulkan sehingga rata. tutup kuali
  5. selepas 10 minit, masukkan tomato dan bawang besar yg dihiris gelang.gaulkan rata. tutup kuali
  6. tutup api setelah ayam masak.
  7. sedia dihidang.
mula-mula mak pelik gak kat dapur…tgk sy dok masak ape la..pelik katanya..hehe.. Disebabkan ia masakan versi sy, jd sy dah lampirkan gambar masakan ni..yg telah siap dimasak..hehe. tomato dia dah hancur sket sbb sy suka..hehe

Rabu, 16 April 2014



Saya mohon share resepi ini ya.. suami saya suka sangat kuih nie,,,, so kalau ada masa nak cuba buatlah.. nanti kalau jadi saya akan sharekan gambar saya pulak ..





2 cawan tpg beras
3/4 cawan tpg gandum

2 sudu makan tpg ubi
4 1/2 cawan santan
1 cawan gula
1sd teh esen ros
pewarna ikut suka

- satukan semua bahan blend n tapis
- kacau hingga sebati
- bahagikan adunan dan warnakan ikut suka
- kukus tiap lapisan 5 minit
lapisan yg last 15 minit....

KEK MABLE YUSNIZAH



Izinkan saya sharekan resepi ini disini untuk saya abadikan... dalam blog saya..
saya di halalkan ya..

Kek minyak marble yg kedua baru puas hati dpt marble yg diidamkan ada sapa2 nak resepi? Senang sgt kek ni kurang manis n sedap Bahan2nya
5 biji telur A
3/4 cawan gula kastor
2 cawan tpg gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu makan ovelete
1 sudu makan esen vanila
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak @ minyak jagung

Cara2nya
Pukul telur bersama gula + ovelete+ esen vanila pukul hingga betul2 kembang n gebu
Masukkan susu pekat + minyak pukul lg hingga sebati masukkan tpg n baking powder pukul hingga sebati bahagi 2 bahagian satu bahagian masukkan sedikit serbuk koko satu bahagian biarkan tanpa pewarna masukkan kedlm loyang selang seli hingga habis bakar suhu 160darjah hingga masak guna acuan saiz 10
Like ·

KEK MABLE



Naimah Yusuf shared Norly Bakers's photo. saya share dari FB terima kasih bebanyak sharekan resepi nie...



kek marble
bhn2
250gm mentega
250gm gula halus
250gm tepung naik sendiri
5biji telur (gred B)
1sdt esen vanilla
2sdm serbuk koko
2sdm air panas

cara membuat:
1-mix mentega n gula halus shgga kembang...msukkn esen vanila
2-masuk telur 1/1 dlm mangkuk adunan. masukkn tepung sikit2....mix hingga rata
3-serbuk koko n air panas dibancuh sebati
4-ambil adunan 2 sdm cmpurkn dgn bancuhan koko
5-tuang adunan biasa ke dlm loyang terlebih dahulu
6-kemudian masuk adunan koko...jadikn sperti marble
7-bakar pd suhu 180’c selama 1jam
selamat mencuba

Isnin, 14 April 2014

Foto Kek Azie...








hasil Azie air tangan sifu azie ... seorang baker yang terkenal dikalangan baker di JB..  Hasil kerja yang halus dan sungguh berseni... Harap azie izinkan saya share kan foto-foto kek hasil ciptaan azie dan anak muridnya..... boleh dijadikan inspirasi... yang mana mungkin tak akan sama dengan hasil tangan beliau... macam langit dan bumi

kepada sesiapa nak join kelas azie boleh tag beliau di FB di Nor Azizah Abdullah... tak rugi join kelas dengan beliau...

 






















Koci



Koci Pulut Hitam

Drp : Chef Khairi Mansor
200 gram tepung pulut
100 gram tepung pulut hitam
3 tbsp santan pekat
1/2 tsp garam
1 cwn air - anggaran
Daun Pisang

Inti :
300 gram kelapa parut
130 gram gula Melaka @ gula merah
4 tbsp air
1 daun pandan
1 tsp tepung jagung + 1 tbsp air
- Buat inti seperti biasa dan sejukkan.
- Uli doh sama seperti mmbuat buah melaka.
- Bentukkan doh dgn inti dan bungkus didlm daun pisang..
- Sekiranya suka sediakan 300 ml santan + garam dan 1-2 tsp tepung jagung, dimasak dan gunakan sebagai salutan luar sblum koci di bungkus .
- Kukus dgn api perlahan..utk mengelakkan doh terkeluar..
— with Qaseira Ummi and Siti Zabedah.

Hasil Ciptaan Zizan Khamis


Saya abadikan kek ini disini..harap dihalalkan ..


Kek birthday dari Reen


Ciptaan ku ee nielah tangan keras memanjang...  masih lagi tak cantik dan semacam je.... tapi boleh... harap kawanku suka kek ini... Beethday untuk mom dia


Rabu, 9 April 2014

ROTI



ROTI MANISKU .

Puas hati kali ini rotiku menjadi ...

om intai resepinya
500 tpg roti
110 gm gula caster

1 sudu susu manis 
11 gm yis .. letak 8 gm pun ok
20 gm susu tepung
5 gm bread softener
5 gm improving tak letak pun tak pe
40 gm mentega (mentega jenama pelangi)
250 air sejuk
Telor 1 biji
Secubit garam

Gaul semua baha kering dan bread softerner & improving
Bila dah...rata .. mskan telor dan air gaul rata masukkan susu manis lagi doh sebati
Last sekali barmasukkan mentega.majerin  dan secubit garam
Mixer hingga adunan berkilat lebih kurang 20 - 25 minit hingga adunan elastik
Perap dalam 3o minit atau hinga naik
Lepas tu boleh tumbuk sikit n buat bentuk yang disukai...









Sabtu, 5 April 2014

Kek Mable Minyak

eng jeng kek minyak da siap pun.resepinya sumber dr rakan fb (Isma Maisarah)

EEEeeeee macam seronok je ... buat mable kek gunakan mimyak masak... nank cubalah. Ini merupakan resepi dari kawan2 ku di alam maya FB Isma Maisarah yang tak jemu-jemu menurunkan ilmu dan resepi dalam FBnya, Kebanyakkannya semua sedap2 belaka... insyak allah saya akan mencuba juga resepi ini. Saya share ya Isma 


5bj telur
1/2cwn gula halus
2cwn tpg gandum
1sk bpowder
1cwn susu pekat
1sdb ovalet
1cwn minyak masak
1sdt esen vanila
Caranya : pukul telur,ovalate dan gula.masukkan susu pekat dan esen vanila.masuk minyak.masuk tpg dan gaul sebati.bakar hingga masak...

ROTI MANIS ISMA



Isma Maisarah Tuan  Tanah yang cukup popular dengan roti manisnya ... Halalkan ya Isma saya share resepi ini dengan rakan-rakan saya disini.. Teruja tengok roti Isma nie....


500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air suam (kali ni saya guna air sejuk dari peti ais)
2 sudu besar mentega/marjerin (saya guna shortening kali ni)

Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kunibg telur..bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.
Water roux
1/4 cwn tepung gandum
250 ml air
Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.