Khamis, 17 April 2014

ayam masak ungkep

Resepi ini aku ambil dari Blog aku perlu Berbakti
sedap sangat... rakan opis ku uji masak2 dan bawa ke pejabat  wau,, yum.. sedap sungguh... aku apa lagi licin aku makan eee sori ya uji sedap sangat.....

aku pun tercari2 lah resepinya ...eee nak cuba buat..
Jon intai ayam ungkep
Bahan-bahan yg dikisar (kuantiti sebaiknya ikut selera dan kuantiti ayam)
  • 4 bawang merah
  • 1 bawang besar
  • 8 bawang putih
  • 2inci halia
  • 2inci kunyit
  • 1 cili api hijau
Bahan2 untuk tumis
  • sedikit minyak
  • sedikit bawang merah dihiris nipis (amik sikit dr bhn kisar td)
  • sedikit bawang putih dihiris nipis (amik sikit dr bhn kisar td)
  • 1 serai yg diketuk
  • sedikit halia yg dihiris nipis (amik sikit dr bhn kisar td)
  • 2 cili api yg dibuang biji
Bahan lain – tomato dan bawang besar dipotong gelang, garam, gula
Cara-cara memasak:-
  1. Sediakan ayam dan sapu garam kunyit. biarkan seketika
  2. tumis bahan2 untuk ditumis sampai naik bau yg wangi + bawang putih jd kuning
  3. masukkan bahan2 kisar dalam kuali dan sedikit air + gula 1/2 camca, garam 1/2camca (secukup rasa)
  4. setelah bahan kisar telah masak, masukkan ayam dan gaulkan sehingga rata. tutup kuali
  5. selepas 10 minit, masukkan tomato dan bawang besar yg dihiris gelang.gaulkan rata. tutup kuali
  6. tutup api setelah ayam masak.
  7. sedia dihidang.
mula-mula mak pelik gak kat dapur…tgk sy dok masak ape la..pelik katanya..hehe.. Disebabkan ia masakan versi sy, jd sy dah lampirkan gambar masakan ni..yg telah siap dimasak..hehe. tomato dia dah hancur sket sbb sy suka..hehe

Tiada ulasan: