Ahad, 30 November 2014

Kek Coklat Cheese

Kek Coklat Cheese

Rafeeah Adie Mohd shared Rahsia Hawa's photo. share dari Rafeeah TQ ya..


Resepi Mudah Kek Coklat Cheese
[Bahan yang mudah dicari]
Bahan-bahan Kek Coklat:
+ 1 cawan gula
+ 1 cawan serbuk koko
+ 1 cawan susu pekat
+ 1 cawan susu cair
+ 1 cawan minyak masak
+ 3/4 cawan tepung (diayak)
+ satu sudu kecil soda bikarbonat
+ satu sudu kecil baking powder
+ 4 biji telur gred B (blend je senang)
Cara membuatnya:
1> Campurkan gula, serbuk koko, susu pekat, susu cair dan minyak jagung dalam periuk yang kecil di atas api yang sederhana. Kacau sampai berkilat dan semua bahan sebati.
2> Telur korang blend je semua
3> Bila dah berkilat korang curah dalam mixer untuk campuran tadi
4> Masukkan soda bikarbonat dan baking powder
5> Masukkan telur dan tepung secara berselang seli
6> Bila dah sebati semua boleh la bahagikan kepada 2 bahagian
Bahan-bahan Cheese Kek:
+ Satu buku cream cheese (ala yang macam buku sabu basuh tu). Nak guna philadelphia pun boleh.
+ 1 cawan gula kastor (blend je gula biasa)
+ 1 biji telur
+ 1 sudu besar tepung
+ 1 sudu besar air
Cara membuatnya:
1> Sementara tu boleh la korang panaskan pengukus dahulu.
2> Basuh mixer tadi untuk buat cheese kek pulak
3> Cream cheese boleh keluarkan sejam awal dari peti sejuk
4> Masukkan cream cheese dalam mixer dan kacau
5> Tambahkan gula kastor dan kacau lagi
6> Masukkan telur, tepung dan air satu sudu.
7> Kacau sehingga sebati.
Cara untuk mengukus coklat cheese kek:
1> Tadi kan dah panaskan pengukus lebih awal
2> Jangan lupa balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis
> Bekas untuk dikukus disapu dengan sedikit marjerin
3> Kek coklat tadi dibahagi dua. Masukkan bahagian yang pertama dan kukus lebih kurang 15 minit.
4> Bila dah sedikit keras boleh masukkan cheese kek tadi dalam masa 15 minit.
5> Last sekali bila cheese dah masak sikit boleh masukkan bahagian kedua kek coklat.
6> Kukus sampai masak. Nak tau masak ke tak boleh cucuk dengan garfu dan kalau berminyak still tak masak lagi.
7> Dah masak biarkan seketika dalam pengukus
8> Keluarkan dan sejukkan di luar. Lepas tu bila dah sejuk masuk dalam peti sejuk
9> Last sekali makan.
Selamat Mencuba

Kek Coklat I ndulgence


kek coklat indulgence...wau siapa yang tidak merliur bila melihat kek ini.... memang nampak menawan dan sedap... pagi2 aku dah mengadap kek... yang membuatkan  lagu keroncong perut ku berbunyi... adus ... merdunya minta di isi... Tapi nampak gaya kalau kerap makan  bertambah montel lah ... saiz badan yang sudah sentiasa montel ni..

Ribuan terima kasih pada rakan FB ku yang sudi share kan resepi ini... Jom aku abadikan dalam e-resepiku

SEDAP ... 


ok semalam ramai yg inbox admin nak sgt2 resepi kek coklat indulgence tu..ok ni resepi kek coklat indulgence ala secret recipe..lps ni x pyh bazir duit buat sendiri je tau..jgn lupa share dgn rakan2 lain tau..
BAHAN BAHAN KEK
bahan A
5 biji telur kuning
150 ml susu segar
100 gm gula castor
75 ml minyak jagung
bahan B
165 gm tepung naik sendiri
35 gm serbuk koko
1 tsp nescaffe
1/2 tsp b.powder
1/2 tsp soda bokabonate
* ayak kesemua bahan ini
bahan C
5 biji putih telur
80 gm gula castor
1 tsp esen vanilla
Putar bahan A selama 8 minit.
Masukkan bahan B dan esen vanilla. Ketepikan,
Putar bahan C hingge kental. ( meringue )
Satukan kedua dua bahan dengan kaedah kaup balik.
Bakar kek pada suhu 170 C selama 50 minit hingga 1 jam dengan menggunakan loyang 9 inci.
Sejukkan kek dan potong kepada 4 bahagian.
** Jike mahu mendapatkan kek yang lebih padat putarkan bahan A dan B sekali gus.( campurkan sekali )
**Ade pelbagai versi kek spouge boleh di gunakan ye, ikut citarasa yang mana lebih sesuai ye termasuk lah menggunakan spoung cake mix.
BAHAN MOUSSE PUTIH
100 gm coklat masakan putih
250 gm non dairy whipping cream
100 gm gula icing
150 gm butter ANCHOR ( salted )
2 biji kuning telur
Putar whipping hingga kental.
Cairkan coklat masakan putih
Putar butter dan gula icing hingga kembang, masukkan coklat cair dan kuning telur
Satukan bahan butter dan whipping cream dengan kaedah kaup balik.
Bahagikan kepada 2 bahagian untuk lapisan di dalam kek.
BAHAN MOUSSE HITAM
150 gm coklat masakan hitam
380 gm non dairy whipping cream
150 gm gula icing
220 gm butter ANCHOR ( salted )
3 biji kuning telur
Putar whipping hingga kental.
Cairkan coklat masakan hitam
Putar butter dan gula icing hingga kembang, masukkan coklat cair dan kuning telur
Satukan bahan butter dan whipping cream dengan kaedah kaup balik.
Ketepikan 1/3 untuk lapisan didalam kek.
CARA MELAPIS KEK
kek
lapisan mousse puith
kek
lapisan mousse hitam
kek
lapisan mousse putih
kek
Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan mousse hitam.
Sejukkan kek di dalam petisejuk beberapa jam.
Tuang ganache ke seluruh kek.
GANACHE
300 gm coklat masakan
250 gm uht whipping cream
Masak atas double boiler. Bile telah jadi ganache , biarkan ianye sejuk dan pekat sedikit baru tuang ke seluruhan kek.Simpan kek di dalam petisejuk sebelom MAKAN.

KEK PISANG MELETO[




Silawati Mohd Sarif shared Norma Azuwa Zakaria's photo.   tumpang share di blog saya ... hujan-hujan begini macam sedap je kalau dapat memeluk bantal adus..... indah alamat bangun pukul 10.00 pagi lah nampaknya... tapi apakan daya punch card di pejabat boleh merakam waktu kehadiran kerja ku... Beratnya nak melangkah pergi kerja... Tiba terpandang kek pisang ini sedap pulak jom cuba buat...

KEK PISANG GEBUS...
Sambil2 wat kerja sambil ngap kek pisang gebu semalam...hik3
kk pisang gebu Dayang Jack.....mmg gebuss....
resepinyer.....
1 cwn pisang( 4 biji pisang berangan)- dilecek
1/2 sdt esen vanilla
1/2sdt esen pisang
4 biji telur( A)
1 cwn gula halus
1sdt ovallate
1/4 cwn susu cair/segar
2 cwn tpg gandum/superfine/naik sendiri*
1sdt soda bikarbonat*
1sdt baking powder*
100ml minyak jagung/ butter cair

bahan bertanda* di ayak
Caranya,
pkl telur ,gula,ovallate dn susu smpai sebati ,mskkn tpg yg diayak bersama baking powder dn soda bikarbonat....pkl selama 5 mnt dgn speed laju hingga kembang dan likat.
matikan mixer,mskkn pisang yg dilecek tadi....gaul sebati ngan senduk jer...
mskkn minyak,...gaul sampai sebati..
griskan loyang dan alas baking paper...
bakar selama 45- 50 mnt suhu 160 drjh selsius...

Isnin, 24 November 2014

ROTI ZEDA MAZULA



Zeda Mazula Kelab Roti TQ atas pengkongsiannannya

Catatan dari rakan2 yang menggunakan resepi beliau...
10 hrs ·
Sekadar untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa. Masih guna resepi yang semalam tetapi saya gantikan dgn 100% tepung gandum. Alhamdulillah....kedut kedut masih maintain....hihihi. Saya share lagi sekali resepinyer yer.
300 gm tpg gandum ( sblm ni saya guna 200 gm tpg roti + 100gm tpg gndm)
2 camb susu tpg
40 gm gula
1 camca teh yist
1 camca teh bread improver ( saya tak guna )
1 camca teh bread softener ( saya tak guna )
1 biji telur + air sejuk atau susu cair full cream = 190gm ( tuang sikit demi sikit pada adunan. Kalau agak agak mcm keras doh walaupun dh masuk butter dgn minyak...boleh masuk air sikit. Tpg gandum dgn tpg roti tak sama perangainyer. Kene pandai adjust)
30 gm butter + 1 camca teh minyak
Secubit garam

Cara sama mcm roti yang lain. Kene betul betul elastik.

Sabtu, 22 November 2014

Roti ohhh Roti



Roti , roti tak habis... habis... meroti.... lama sungguh aku tak meroti..
Ini ciptaan da hasil tangan Isma ... Kalau buat roti memang menarik dan gebus sangat. Suka dengan hasil tangannya ,,, dia pun  tak pakai mesin just menguli guna tangan sahaja..



                                                                  
Yang warna hijau nie pulak kepunyaan
 Azimah Chebo


     

 Roti kepunyaan
Zeda Mazula cantik sungguh roti ciptaan Zeda Mazula... gebus dan nampak lembut....

 Jom cuba resepi dari mereka berdua 

Cream
100 g butter
100 g gula aising

100 g Creamwell/shortening


# boleh letak perasa n pewarna ikut suka

                  

Rabu, 19 November 2014

making of minnie cake

Mable Butter Cheese Kek

Resepi kepunyaan Aida Abdul Gani terima kasih Aida ... teringin nak buat nampak sedap sangat..Izinkan saya share disini ya...
Insyakallah nak buat juga.......
 
 
 

Butter Cheese Cake
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
250g butter (saya guna SCS)
200g gula castor
250g cream cheese (saya guna Tatura)
5 biji telur gred B
1 sk esen vanilla
250g tepung superfine*
2 sk baking powder*
3 sb susu cair
1 sb coklat emulco
(bahan * disatukan dan diayak)
Cara penyediaan :
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan cream cheese sambil dipukul lagi.
3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul sebati. Kemudian masukkan esen vanilla.
4. Teruskan memukul sambil memasukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair.
5. Bila telah sebati, bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar kepada warna asal dan satu lagi dimasukkan coklat emulco.
6. Griskan loyang 8" x 8", alaskan baking paper. Kemudian gris lagi diatasnya. Isikan adunan ke dalam loyang berselang seli warna asal dan coklat sehingga habis.
7. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 170'C selama 55 minit.
8. Setelah masak, biarkan dalam loyang anggaran 3 - 5 minit. Pindahkan kek ke atas redai. Sejukkan sebelum dipotong.

Selasa, 18 November 2014

Kasui - Resepi Citarasawan











Bahannya

1 1/2 gula merah/melaka
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan di simpul
(jadikan 2 cawan air)

bahan B
1 1/2 tepung gandum
1/2 cwan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur

Bahan C

kelapa parut campur dengan sedikit  garam

Cara membuatnya

Campurkan bahan A masuk hingga larut
satukan bahan B kacau den whisk hingga larut
satukan bahan A dan B kacau dan tapis
kukus selama 1/2 jam

sejukkan baru dipotong

TERIMA KASIH CITARASA WAN COMEL SANGAT...

Fruits Puff (Citarasawan


Gambar dan Hiasan adalah dari Resepi Citarawan

Saya hanya tumpang  di blog saya... terima kasih ya..











bahan bahannya

110 gm mentega
250 gm air
1 sudu kecil gula  kaster
1/4 sudu teh garam
150 gm tepung gandum
4 biji telor

acuan dan buarhan yg sesuai dipotong kecil

Didihkan air, mentega, gula dan garam, tutup api, masukkan tepung gandum kacau mengunakan senduk kayu hingga menjadi doh.

buka semula api kacau lagi dalam  2-3 minit dengan api senderhana hingga cantik tidak melekat di kuali.

angkat doh dan kacau hingga suam, masukkan  sebiji telor kacau hingga sebati dan masukkan sebiji lagi  kacau hingga sebati

sejukkan doh dan boleh pipe dalam acuan



bakar pada suhu 160 c   panas oven dulu ya

Krim Kastard

250 ml susu segar
2 besar sudu gula
2 sudu besar tepung kastard/jagung
1 biji kunig telor
1/2 sudu besar majerin

masak semua kecuali majerin.. dan likat masukka majerin   sejukkan dalam peti sejuk dan boleh dah pipeping

roti bun exico


Dah bleh makan...hihi
Bahan A :
500gm tpg roti
20gm susu tepung
15 gm bread softener
10gm gram bread improver
80gm gula
10gm yis
100gm mntega

Bahan B :
210gm air sejuk+ 4ktul ais kiub... (anggaran)
1 biji telur
Caranya :
Satukan bahan kering n gaul rata, pastu masukkan bahan2 yg lain...
Uli hingga doh sebati n elastik..
Bentukkan n biarkan doh hingga 2x ganda...Pastu bleh letak topping n bakar pada suhu 180’ api atas bawah selama 30 minit…
Topping
100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur
1 sudu makan coffee emulco
100 gram tepung gandum
Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan coffee emulco
Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.
Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Khamis, 13 November 2014

kek mable

Resepi ini kepunyaan Kak Azlina... rakan saya di FB saya share ya menarik lah..

Rabu, 5 November 2014





Creamcheese wau hebatkan.... gebus bagan gila... terima kasih syahir sepet atas pengkongsiannnya 



  •  hrs · Like
  • Syahir Sepet Creamcheese

    500 gram Cream cheese pilahdelphia
    125 gram icing sugar
    1 sudu besar essen vanilla
    1/4 cup fresh cream

    pukul cream cheese sehingga kembang
    masukkan icing sugar
    masukkan essen vanilla
    masukkan fresh cream

ikan stim


 Koleksi Resepi Kek's photo... puasa-puasa tengok masakkan ini sedap nya terima kasih share resepi ini


ikan siakap masak stim 
RESEPI SIAKAP MASAK STIM.
sumber : resepi-oh-resepi.blogspot
BAHAN-BAHANNYA.
1 ekor ikan siakap bersaiz sederhana
2 batang serai dititik
3 ulas bawang putih di cincang
2 cm halia di cincang
4 biji cili api diketuk
2 batang serai dititik
1 biji tomato
2 biji asam boi
1 biji limau nipis
Garam
Gula
1/2 sudu ajinomoto
CARA-CARA MEMASAKNYA.
Masukkan ikan ke dalam bekas yang berisi air mendidih.
Tutp periuk dan biarkan ikan siakap tersebut masak.
Kemudian masukkan asam boi, limau nipis.
Masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
Akhir sekali masukkan bawang putih, cili api, halia, tomato dan juga serai.
Setelah masak anda boleh sejukkan dahulu sebelum dihidangkan bersama keluarga.
Selamat Mencuba Resepi Siakap Masak Stim.
LikeLike ·  ·