Khamis, 26 Februari 2015

TALAM GULA MELAKA


Ini merupakan resepi dari Wan Raudzah Wan Ismail... rakan FB ku yang sangat pemurah dan kerap kongsi resepinya disini. Terim aksih bebanyak ya wan.. Jom kita intai resepinya..


Talam gula merah
Lapisan Bawah:
200gm gula merah
2 sudu besar gula pasir 
2 1/2 cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur
Cara penyediannya
1. Panaskan kukusan, balut dengan kain penutupnya dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masak gula merah dan gula pasir bersama-sama air. Sejukkan.Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan.
3. Masak kejap atas api agak2 pekat.Tutup api, gunakan hand whisk utk sebatikan adunan.
4. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
5. Bila dah masak, cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.
Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
Cara penyediaannya
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan 2. Masak atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat. Kacau sentiasa.
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.

Tiada ulasan: