Khamis, 26 Februari 2015

cream puff




wan raudzah...
Miz Zeya ni resepinya
Cream puff
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Cara 2 :
Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
Selepas ia mula mendidih, perlahankan api paling kecil dan terus masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di kacau.
Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Saya pukul guna mixer hingga adunan licin.
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
**.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. 

















TALAM KELADI



Inilah tuan tanah pada resepi nie... TQ wan kat rumah ada keladi nak cuba buat ... lah





Talam keladi
Bhgn bwh
150gm tpg beras
5 sdb gula pasir
700ml santan (200ml santan pekat plus 500ml air)
250 gm keladi (selepas dikupas)
1 sdb tpg ubi
1 sdk garam

1) keladi potong dadu direbus dan ditoskan airnya.
2) bhn2 lain disatukan, masak hingga agak pekat dan masukkan keladi rebus tadi.
3)masukkan dlm loyang 10'' x 10''.kukus selama 20 minit.

Bhgn atas

700ml santan (300ml santan pekat plus 400ml air)
2 biji telor
150gm tpg gandum
200gm gula pasir
1/2 sk garam
1/2 sk perisa keladi
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna ungu

TALAM GULA MELAKA


Ini merupakan resepi dari Wan Raudzah Wan Ismail... rakan FB ku yang sangat pemurah dan kerap kongsi resepinya disini. Terim aksih bebanyak ya wan.. Jom kita intai resepinya..


Talam gula merah
Lapisan Bawah:
200gm gula merah
2 sudu besar gula pasir 
2 1/2 cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur
Cara penyediannya
1. Panaskan kukusan, balut dengan kain penutupnya dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masak gula merah dan gula pasir bersama-sama air. Sejukkan.Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan.
3. Masak kejap atas api agak2 pekat.Tutup api, gunakan hand whisk utk sebatikan adunan.
4. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
5. Bila dah masak, cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.
Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
Cara penyediaannya
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan 2. Masak atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat. Kacau sentiasa.
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.

Isnin, 16 Februari 2015


 



ari ini buat cookies untuk hubby's colleague smile emoticon
Cookies
250g butter (saya guna buttercup)
*1/2 cawan granulated sugar (bole guna gula perang)
*1/2 cawan gula timbang atau ada yg panggil gula hitam
*untuk sukatan gula, bole juga gunakan 1 cawan brown sugar jenis halus, ikut selera masing2lah smile emoticon
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
2 cawan self raising flour
1/2 tsp baking soda
Secubit garam
Secukup chocolate chip
Kekacang jika suka n dibakar sebentar

Caranya :
Pukul mentega hingga creamy pastu masuk gula. Pukul lagi hingga sebati.
Dlm mangkuk kecil, kocok telur n esen..pukul manja jer..
Dlm bekas yg lain, satukan tepung, garam n baking soda.
Satukan semua bahan hingga rata n masukkan choc chip n kekacang.
Bakar 160-170'C hingga masak.
* Adunan ini agak lembik.... (biasanya selepas digaul bahan2 tu, saya biarkan sebentar adunan itu....

Ahad, 15 Februari 2015




KEK KUKUS COKL
Cantikkan kejadiaannya .. Pagi2 sampai opis aku dah mengadap Facebook maklumlah sampai awal...lalu terpandang  kek kukus yang menawan hatiku..

Apalagi cepat-cepatlah aku simpan dalam e-resepiku.. manalah tahu nanti ada masa boleh buat



KEK KUKUS COKLAT
Bahan-bahannya:
1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan margerin cair (saya guna mentega)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
11/4 tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda
3 biji telur (dipukul)

Cara-caranya:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan.
2. Dalam periuk, masak koko, gula, margerin, susu cair dan susu pekat hingga cair dengan api sederhana. Jangan sampai hangus.
3. Sejukkan.
4. Masukkan telur ke dalam adunan ini dan kacau sebati. Tambahkan dengan tepung dan gaul lagi hingga sebati.
5. Kukus selama 1 jam dan biar sejuk baru dipotong-potong.
Selamat Mencuba.. Sila Share Resep

Ahad, 8 Februari 2015

TAKOYAKI MALAYSIA


Rasa bosan yang mencengkap dan asik tido je kat rimah .. Akhirnya aku ambil keputusan pergi belajar buat Takoyaki... Nasib ada tempat kosong kalau tak nampaknya tido ajelah aku.

Senang rupanya buat Takoyaki nie ... Terima kasih kak Zaimah atas tunjuk ajar...Kak Zaimah nie ajar simple gila ... buat macam rumah sendiri ,,,, tulah lebihnya kak Zaimah nie... Dia nie dah macam kakak  ku sendiri....

Aku pun selamba kak ada kosong lagi tak saya nak joinlah...Kalau orng lain matilah aku kena sembur.. Kak Zai datanglah.... ada lagi.. eee sori ya kak zaimah nanti saya buat lagi

Resepinya

Tepung Gandum  250gm
Tepung Kentang 50 gm
Telur gred B   2 biji
Susu Segar/Full cream   350gm
Air 250 gm
Baking powder 1 tsp
gram secubit
Minyak 1 tsp

Cara membuatnya
Bancuh kesmua bahan sampai sebati

Sos nya

Sos Cili Jalen 1 cawan
Kicap Manis 1 cawan
Soya Sos 1 sudu
Seasoning 1 sudu
Cendawan    3- 5 biji
air   2 1/2 cawan

Didih air masukkan cendawan Masukkan semua bahan kesemuanya kacau sebati.
Masukkan seikit demi sedikit tepung  ubi untuk pekatkan kuah.



         

Bingka Roti



Hampir sama dengan resepiku..
Bngka yang sangat sedap dan mendapat permintaan setiap kali aku buat kenduri,,



Bingka Roti
Bahan-Bahan- loyang 10 inci
3 biji telur
1 cawan gula halus/kastor
100 gm mentega, dicairkan dan biarkan suam
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
12 keping roti putih, didadu
1 1/2 cawan tepung gandum
1 liter santan / susu (saya guna 500ml santan dan 500ml susu cair)
1 cawan jagung krim dalam tin
Cara-Cara
Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan/susu dan kacau hingga semua sebati.
Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.
Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
=> Saya tambah 10 minit lagi utk bakar guna api atas sahaja supaya permukaan garing.
=> Untuk pengunaan santan di atas, saya guna 200ml santan pekat dan tambah 300ml air utk menjadikan adunan 500ml santan...manakala 400ml susu cair dan 100ml air biasa utk menjadikan jumlah susu 500ml.
(copy paste dr sebuah blig sinar)

Selasa, 3 Februari 2015



Bingka roti Sitty Rohaya
Sedapkan Terima kasih Sitty ...
saya share di sini ya..

Bila dh hampir nk xpire tp x dimakan,... rugi kan.. drp xpire dibuang dlm tong sampah, meh kita manfaatkn dia...
~BINGKA ROTI~
Bahan2;
10 keping roti gardenia
3 bji telur gred A
1 cwn gula (klu x suka manis, kurangkn ye)
1 tin susu cair
2 sudu besar butter (dicairkn)
1 sudu kecil vanila
Cheese cheddar
Kismis

~ Roti dipotong kecil @ disiat2.. Masukkn dlm mangkuk n ketepikn..
~ Blander telur, susu cair, gula n vanila hingga sebati..
~ Cairkn butter..
~ Tuang adunan yg diblander ke dlm roti & masukkan butter yg sudah dcairkan..
~ Biarkn sekejap supaya roti serap dgn adunan yg diblander..
~ Lanser loyang dgn marjerin..
~ Tuang adunan roti dlm loyang..
~ Taburkn cheese cheddar & kismis..
~ Bakar 180°C selama 30 minit api bwh & 10 minit api atas..
* brgantung pd kepanasan oven
masing2 ye...
‪#‎bingka‬ ni sdap dimakan panas2 brsama teh O..

Roti Isma Maisarah



Isma Maisarah's photo. salah seorang rakanku di alam maya... aktif sungguh dalam membuat roti
Kebanyakan rotinya gebu dan menarik. Saya abadikan dalam e resepi ... saya ya Isma . tak tahan tergoda tengok resepi nie.

Roti pandan
ROTI PANDAN
Bahan2;
250gm tepung roti/tepung gandum
1 biji telur
2 sudu kecil yis
30gm gula halus
secubit garam
10gm susu tepung
1 sudu besar marjerin/shortening
125ml air suam
1 sdt bread improver
2 sdb water roux
1 sdt pandan emelco
sedikit pewarna hijau

Cara2:
1. Satukan semua bahan, kacau rata, dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan kenyal.
2. Perap doh selama 1 jam hingga naik 2 kali ganda. Kemudian tumbk2 doh utk keluarkan angin dlm doh dan canai doh kemudian terap menggunakan acuan dan susun di dalam sekeling loyang yg telah digris dgn marjerin secara bertindih, biarkan doh selama 30 minit.
3.Sapukan telur yg dicampur sedikit susu pd doh. Bakar di dlm oven 160C selama 25-20 minit bergantung pd oven masing2.
WATER ROUX
50gm tepung gandum
250ml air
Campurkan kedua-dua bahan di atas dan kacau dgn whisk tangan dan masak atas dapur dgn api perlahan.
Kacau supaya jgn bergentel. Kacau sampai pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna. Ianya boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dalam suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.

Resepi Kek Pisang (FB)


CiptaRasa Noly's photo. TQ ya
 Assalamualaikum .. pagi2 dah mengadap Kek Pisang nampak sedapkan .. Resepi ini aku ambil dari CiptaRasa Noly TQ sesangat ... memang nak kena cuba nie.


Kek Pisang

Kek Pisang Gebu
yg sudi, dipersilakn share, boleh tag diri sndiri.. ^____^V
Bhn2
3 biji telur
1 sdt ovellet
3/4 cawan gula pasir (kemanisan ikut suka)
1 cwn pisang lenyek (berangan,embun,kapas,emas)
2 sdm sunquick(perisa oren)
1 sdt esen vanila or esen pisang
2 sdm mentega.. cairkn tak perlu mndidih
1/2 sdt/secubit garam

Bhn2 Ayak
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt bicarbonat soda
Cara2
-lenyek pisang bersama2 sunquick..ketepikan
-pukul telur,gula n garam hngga kembang / putih..mixer
-masukkan ovellet n esen vanila or esen pisang.. pukul lgi
-masukkn pisang lenyek + sunquick tadi..kacau sebati..
-masukkn sedikit demi sedikit tepung yg tlh diayk brsama2 baking powder n bicarbonat soda..kacau sebati
-akhirnya tuangkn mentega yg dicairkn.. kacau biar rata..
-tuangkn adunnan dlm loyang yg siap dialas dgn kertas pembakar n digris dgn mentega or mnyak
-bakar adunnan dlm oven yg tlh dipanaskn trlebih dahulu dgn suhu 160'c selama 50 minit - 1 jam or hngga kek msk..
***adunan ni boleh jg dikukus..selama 1 jam / hngga msk
SLMT MNCUBA N MMSK
MMSK DGN PENUH KSH SYG BUAT YG TRSYG N TRCINTA

Petua Kencing Manis



JUS DIABETES UNTUK DIAMAL SEKALI SEKALA ATAU SEBAIK BAIK NYA 3 HARI BERTURUT / SEMINGGU SEKALI ATAU SEBULAN SEKALI BERGANTUNG KPD KANDUNGAN GULA DLM BADAN
Nak kongsi minum buat kencing manis..silakan semak
Resepi Minuman Kencing Manis
Bahan-bahannya:-
1 biji buah epal
1 biji peris katak
1/2 biji buah belimbaing
Cara-cara membuatnya:-
Blender semua bahan-bahan ini.Dan minum..inshaaALLAH paras gula akan turun...lagi satu jika orang2 yang penyakit kencis manis...harus simpan madu kat rumah sebagai EMERGENCY..ketika ia sedang mengelapah..masukkan madu ke dalam mulunya agak paras gula akan bertindak cepat..inshaaALLAH..selamat mencoba.