Isnin, 10 Ogos 2015

KEK CAROT



 KEK CAROT


Syahir Sepet..saya share yer... terima kasih .. atas perkongsiannya semuga lebih berjaya dimasa-masa akan datang dan tahniah atas kedai baru tu,,
Resepi Carrot Cake by Chef Syahir
Bahan-bahan
1 cawan (100 gram) pecans atau walnut
Paun 3/4 (340 gram) lobak mentah (kira-kira 2 1/2 cawan halus parut)
2 cawan (260 gram) tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur gred A
Brown sugar 1 1/2 cawan (300 gram)
1 cawan (240 ml) minyak daisy
2 sudu teh essen vanilla
Kismis (Pilihan)

Cara - cara :
Panaskan ketuhar kepada 180oc dan gunakan loyang 8 inch
Bakar pecans atau walnut selama 8 minit atau hingga warna perang dan wangi. Biarkan sejuk dan kemudian cop kasar.
Parut lobak.
Dalam mangkuk yang berasingan gaul tepung, baking soda, baking powder, garam, kismis dan cinnamon powder.
Dalam mangkuk mixer, pukul telur sehingga berbuih (kira-kira 1 minit). Secara beransur-ansur tambah gula dan pukul
sehingga adunan sebati dan kembang (kira-kira 3 - 4 minit). Tambah minyak dalam adunan dan tambahkan essen vanilla. Tambah campuran tepung dan pukul sehingga sebati. Dengan spatula, masukkan lobak secara sikit demi sedikit.
Bakar 30 minit atau sehingga masak.
Share supaya tidak hilang smile emoticon
Selamat mencuba!

Tiada ulasan: