BINGKA ROTI
Resepinya aku dapat semasa menghadiri kelas di Skudai.. Antara resepi yang mendapat sambutan hangat dan disukai ramai. aku abadikannya disini
7 biji TELOR
400 gm gula pasir
1 tin susu cair ( tambah air dan jadikan 500ml)
700 santan (400 santan pekar 300 air)
420 roti dipotong kecil
400 tepung gandum
1 tin kream jagung dalam tin
sedikit vanila
secubit garam
1/2 cwan minyak
hiasan
bijan , kismis .. buah campur (ikut suka)
Cara membuatnya
masukkan gula bersama santan, susu cair dan telor.. kacau sebati.. masukkan tepung gandum kacau lagi. Masukkan vanilla dan garam. Masukkan cream jagung dalam tin tadi kacau dan Roti yang sudah dipotong kecil tadi. akhir sekali masukkan minyak.. perap dalam 10-15 minit.
Bakar hingga masak dalam 45-1 jam ikut oven masing2
Selamat mencuba !!!! Memang sedap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan